Apa Itu Consumer Based Income ?

Salam hormat para pembaca sekalian. Bercakap mengenai pendapatan ataupun income, ada pelbagai ruang dan peluang untuk kita perolehi. Apa yang penting kita berusaha.

Zaman sekarang ni di mana ekonomi semakin mencabar dengan kes wabak COVID-19 yang semakin tinggi di sebahagian negeri di Malaysia dan sebagainya menjadi asbab ramai mencari peluang untuk menjana pendapatan.

Berbalik kepada Consumer Based Income tadi, ia mempunyai konsep bisnes yang tersendiri. Ia bergantung kepada Misi dan Visi sesebuah syarikat.


Apa itu Consumer Based Income ?

Ia adalah salah satu model bisnes Era Digital dan Big Data masa kini dan ia menjadi satu model yang jarang dihebahkan. Paling mudah kita fahami tentang model bisnes ini ialah produk pengguna boleh dimiliki terus dari kilang. Ia tidak melibatkan orang tengah.

Seperti mana konsep konvensional yang biasa kita amalkan sejak sekian lama. Penglibatan orang tengah seperti pemborong kemudian peruncit dan seterusnya kepada pengguna menjadi satu konsep yang diterima.

Tetapi konsep Consumer Based Income yang secara langsung tidak melibatkan orang tengah menjadikan harga tidak menjadi kompetitif dan pengguna boleh membeli pada harga yang standard.

Secara asasnya model bisnes seperti ini samalah seperti Kedai Mesra Petronas yang membeli point value (PV) setiap pembelian barangan termasuk minyak kereta yang di sini.

Point yang terkumpul kelak boleh di tebus dengan barangan yang telah Kedai Mesra Petronas telah tetapkan.

Macam mana yang boleh dikatakan Income ?

Model bisnes Consumer Based Income ini, seperti mana yang saya terangkan pada perenggan di atas tadi di mana ia adalah satu konsep perniagaan dari Kilang terus kepada Pelanggan dan ia perlu memenuhi syarat seperti…

  • Tanpa Stokis
  • Tanpa Pemborong
  • Tanpa Peruncit/Retailer
  • Tanpa Agen
  • Tanpa Sales Person
  • Tanpa Iklan Berbayar
  • Tanpa Registration Fee
  • Tanpa Modal
  • Tanpa Sponsor
  • Tanpa Overiding


Model Bisnes ini cukup mudah, daripada kilang, terus setup Shopping Mall Online.

Anda semestinya sudah biasa dengan pembelian secara online. Majoriti masyarakat dunia amnya tahu bagaimana membeli secara online. Syarat konsep Consumer Based Income ini terus membeli dari kilang yang sama pada satu platform Shopping Mall Online yang sama.

Salah satu syarikat yang menawarkan model bisnes seperti ini serta yang pertama menawarkan konsep Consumer Based Income ialah syarikat ATOMY.


Apa yang ATOMY tawarkan ?

Model Bisnes ini cukup mudah, daripada kilang, terus setup Shopping Mall Online.

Semua orang membeli di shopping mall ini pada SATU HARGA. Disebabkan tiada kos untuk semua pihak di atas itu maka syarikat pulangkan semula 70% keuntungan hasil jualannya kepada konsumer dalam bentuk Perkongsian Keuntungan Bersyarat.

Bagi membolehkan keuntungan dipulangkan maka perlulah ada detail konsumer. Konsumer perlu jadi ahli sebelum membeli.

Jadi ahli pula:

  • Tanpa Registration Fee, PERCUMA sahaja
  • Tidak perlu maintain belian bulanan, beli apa yang nak beli. Malah tak nak beli pun tidak mengapa. Tetapi jika membeli, berpeluang berkongsi keuntungan.
  • Rangkaian produk yang pelbagai dari personal care, home, pemakanan, suplemen, vitamin, skincare, make up dan banyak lagi.
  • Konsumer dilindungi dengan 30 hari Money Back Guarantee,
  • Produk pula berkualiti tinggi lengkap dengan R&D bertaraf dunia.


    Setiap ahli pula:
  • Di larang menjual sama ada offline atau online
  • Di larang membuat sebarang iklan
  • Jika ada yang menjual produk dari kilang ini di platform online lain seperti Shopee dan Lazada, maka tindakan akan diambil dan keahlian akan dilucut.
  • Sebab semua ahli mesti membeli hanya dengan Shopping Mall milik kilang agar hak pengguna seperti Money Back Guarantee, keadaan dan kualiti terjamin, serta dapat perkongsian keuntungan.


    Tetapi:
  • Digalakkan berkongsi kebaikan produk
  • Digalakkan bercerita tentang Shopping Mall Online ini dan sebagai menghargai konsumernya, 70% keuntungan diberikan dan diagihkan semula mengikut Sistem yang sangat mudah.
    Jadi tugas anda ialah cerita sahaja. Biarkan group konsumer berkembang bersama anda. Lagi besar group anda lagi ramai kelak yang berbelanja dan makin besarlah juga income terjana.
    Mudah bukan.

    Zero Cost. Zero Risk. Only Opportunity.
    Kilang pula tersenarai dalam Bursa Saham Korea, iaitu KOSDAQ sejak 2015.

    Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengguna produk ATOMY anda perlu menjadi ahli dan ia 100% PERCUMA.

    Jika anda bersedia untuk saya bantu proses pendaftaran, anda boleh isi borang – DI SINI !

5 Kelebihan Bisnes Dropship

Antara idea bisnes yang mudah untuk dilakukan pada abad kini adalah bisnes dropship. Agak rugi bagi anda sekiranya anda yang baru merancang untuk buat duit di internet tidak mencuba bisnes ini.

Mencuba bisnes dropship pada masa kini amat mudah. Telalu banyak tool disediakan untuk melicinkan proses dropship itu sendiri.

Bagi anda yang baru, mungkin dengan 5 kelebihan bisnes dropship ini bakal membuka minda untuk melakukan bisnes ini.

5 Kelebihan Bisnes Dropship

  1. Modal Rendah
    Konsep bisnes dropship merupakan “WIN-WIN situation”. Anda tak perlu menyediakan produk. Sekiranya anda berhasil mendapat jualan, keuntungan akan dibahagi seperti mana yang telah ditetapkan oleh pemilik produk.

    Boleh dikatakan modal yang sangat minima anda perlu keluarkan berbanding pemilik produk yang perlu mengeluarkan modal yang besar untuk kos mencipta produk, R&D, pengiktirafan halal dan sebagainya.

    Dari segi yuran pula saya dapati kebanyakan pemilik produk yang menyediakan peluang dropship tidak meminta yuran pendaftaran atau yuran komitmen sebagai permulaan. Malahan latihan juga turut disediakan untuk cara bagaimana mempromosikan produk mereka.


  2. Margin Keuntungan Tinggi
    Apa yang menarik dalam bisnes dropship ialah margin keuntungan yang tinggi setiap jualan yang terhasil bagi setiap produk. Anggaran keuntungan purata yang ditawarkan kebiasannya antara 10% sehingga 30% bagi setiap produk, malah ada juga sesetengah peniaga menawarkan lebih dari itu.

    Anda bayangkan sekiranya anda menjual produk berharga RM50, anda berpotensi menjana keuntungan sebanyak RM15 setiap produk bagi kiraan untung sebanyak 30%. Itu baru satu produk. Kalau anda fokus untuk 10 jualan anda boleh buat jana duit poket sebanyak RM150.

    Ada kaedah mudah untuk memaksimumkan keuntungan dalam bisnes dropship sekiranya anda bersedia untuk mendapatkan Ebook Panduan Bisnes Shopee. Di sana nanti anda akan diajar dari A-Z tentang cara bisnes dropship alaf baru.


  3. Tiada Risiko
    Boleh dikatakan bisnes dropship kurang berisiko. Anda tak perlu memikirkan tentang kualiti produk, rekaan produk, penghantaran produk, melayan karenah pembeli produk dan sebagainya.

    Tugas anda hanyalah mempromosi produk dan memperkenalkan manfaat produk kepada prospek pelanggan. Sekiranya terdapat komplen kerosakan, pulangan produk dan sebagainya pemilik produk anda melayan mereka. Anda tidak perlu melakukan apa-apa selain mempromosi produk sahaja.

    Bukankah ia berbaloi dan anda tak perlu pening kepala memikirkan risiko lain.

    Cuma anda perlu berhati-hati memilih produk yang ingin anda promosikan. Buat kaji selidik terlebih dahulu tentang pemilik produk, latar belakang syarikat, masalah bayaran komisen dan sebagainya. Jangan pula anda perlu tanggung risiko kelak.


  4. Tak Perlu Gudang/Kedai
    Bisnes Dropship juga tak memeningkan kepada anda untuk menyediakan premis kedai ataupun gudang untuk menyimpan stok produk. Berbanding peniaga, mereka perlu mengeluarkan modal yang besar untuk stok sekiranya permintaan produk luar biasa tinggi.

    Namun sekiranya anda ingin fokus kepada bisnes dropship pada tahap lebih padu, sebaiknya anda mempunyai kedai online anda sendiri ataupun dipanggil sebagai ecommerce. Saya melihat kebanyakan otai-otai dropship yang menjana komisen konsisten kerana mereka memiliki kedai online mereka sendiri.

    Kos untuk menyediakan kedai online memang agak mahal tapi anda boleh belajar secara percuma di YouTube untuk cara-cara bina kedai online anda sendiri. Sekiranya anda nak lebih ekonomi, mudah serta mesra newbie, saya sarankan anda dapatkan panduan Rahsia E-Commerce yang disediakan oleh saudara Zyan ini !


  5. Tiada Batas Geographical
    Anda boleh menjual produk dropship ke peringkat antarabangsa merentasi benua. Inilah kelebihan yang ramai otai-otai nampak dalam bisnes dropship.

    Sebagai contoh anda menjual produk tempatan di Ebay. Saya pernah melihat otai dropship menjual keropok “Super Ring” di Ebay. Rupanya orang barat suka makan keropok tu. Banyak juga sale dengan hanya mempromosi keropok tu. Anda bayangkan sale semua dalam USD. Kalau dikali dengan nilai matawang RM (Ringgit Malaysia), berapa banyak margin keuntungannya.

    Otai dropship yang saya maksudkan di atas ialah mereka yang mempraktikkan ilmu dari Export Mudah ni. Anda boleh lihat beberapa bukti produk lain yang cukup simple sehinggakan Ajinomoto pun boleh dijual dengan orang putih. Saya terkesima juga lah.

Kesimpulan

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Takkan berhasil apa jua yang kita buat selagi kita tak mencuba. Bisnes dropship mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia sebagai permulaan pencarian pendapatan tambahan yang efektif masa kini.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda.

Sekiranya artikel ini pada pandangan anda sangat membantu, apa kata saya cadangkan anda kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih. Sekian. Wasalam. Jumpa lagi. InsyaAllah.

Rahsia ECOM Untuk Peniaga Online

Andainya anda seorang peniaga yang sibuk dan rasa malas nak melayan mesej wassap, mungkin anda perlu fikirkan jalan paling mudah untuk melancarkan bisnes anda walaupun anda sedang tidur.

Nak lonjakkan sale bukan mudah zaman sekarang ni melainkan anda mempunyai satu sistem yang menyokong kerja anda.

Salah satu cara alternatif untuk anda adalah dengan miliki Kedai Online anda sendiri.

rahsia-ecom

Anda boleh cuba dapatkan produk Rahsia E-Com untuk memudahkan serta menjimatkan pembinaan kedai online anda dengan nilai serendah RM0.40 sehari.

Sila baca maklumat lanjut untuk tawaran produk ini – DI SINI !