3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate

Anda pasti berimpian untuk mengekalkan momentom dalam bisnes affiliate. Ramai orang boleh menyertai affiliate tetapi tidak ramai yang dalam kekal lama dalam bisnes affiliate.

Tambahan pula zaman sekarang ini yang cukup mencabar dari sudut ekonomi. Cabaran semasa dengan wabak Corona Virus ataupun Covid-19 ini menekan kita untuk berikhtiar sehabis baik untuk meningkatkan ekonomi untuk keluarga.

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 3 cara untuk kita kekal lama dalam bisnes affiliate.

Saya berharap anda boleh praktikkan 3 cara ini sebaik mungkin supaya anda berpeluang menjana komisen lumayan melalui affiliate.

Apakah 3 cara untuk kekal lama tu ?

3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate

1) Website Unik

Mempromosi satu produk affiliate untuk satu website lebih tinggi potensi conversion berbanding satu website untuk mempromosi banyak pilihan produk. Sekiranya anda ingin menjana komisen affiliate yang lumayan anda perlu sediakan satu produk untuk satu website.

Anda kongsikan produk review yang menarik serta manfaat kepada prospek pelanggan. Anda juga harus masukkan beberapa testimoni pelanggan yang telah mendapatkan produk tersebut. Berikan keyakinan kepada produk yang anda promosikan.

Bina ayat iklan ataupun ayat copywriting yang mengancam. Tarik perhatian mereka melalui penulisan iklan yang menarik seperti mana yang diajar dalam panduan Junior Copywriting oleh saudara Faris Osman.

2) Tawarkan Produk Per.cuma (Kumpul Database)

Anda perlu kumpul database prospek untuk didaftar dalam sistem emel autoresponder anda. Mengumpul database adalah kaedah majoriti pakar affiliate praktikkan dan ia masih efektif sehingga ke hari ini.

Anda boleh tawarkan produk sebagai contohnya laporan, ebook, video tutorial dan apa jua yang berkaitan dengan niche produk yang anda ingin promosi. Sekiranya prospek berminat, mereka perlu masukkan maklumat seperti Nama, Emel dan No Telefon.

Anda kumpulkan sebanyak mungkin database yang targeted untuk memudahkan anda melakukan pemasaran produk affiliate yang anda ingin promosi.

Sebagai contohnya seperti mana usahawan internet bernama Rahman Basri lakukan untuk produk premium beliau iaitu Jualan Pro dengan menawarkan panduan untuk menambah pelanggan melalui blog secara Percu.ma ini.

3) Menulis Artikel Untuk Tingkatkan Trafik

Penulisan artikel cukup efektif untuk meningkatkan trafik website. Anda harus rajin menulis artikel sekurang-kurangnya 2 artikel seminggu. Sekiranya anda kurang mahir menulis anda boleh mengupah penulis freelance ataupun dipanggil sebagai ghost writer.

Artikel yang panjang sekurang-kurangnya 300-600 patah perkataan itu anda boleh kongsikan dalam website atau blog yang berautoriti tinggi.

Jika anda berjaya mencapai 1,000 trafik untuk website affiliate anda, sekurang-kurangnya anda mendapat 10 jualan mengikut kajian pakar.

Teknik pemasaran video juga boleh membantu untuk meningkatkan trafik website anda. Anda buat artikel berbentuk video kemudian anda upload di Youtube.

Ketiga-tiga cara di atas tak susah untuk anda praktikkan. Sekiranya anda buat dan terus buat tanpa mengenal erti putus asa, insyaAllah matlamat untuk kekal lama dalam bisnes affiliate dan menjana komisen lumayan pasti tercapai kelak.

Semoga perkongsian ini membantu membuka minda anda untuk terus maju dalam bisnes affiliate kelak.

Andaikata perkongsian ini memberi manfaat, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda ya !

Sekian. Terima kasih. Wasalam.