7 Kepentingan Memiliki Blog Anda Sendiri (No #6 Peniaga Kecil Perlu Tahu)

Blog adalah satu medium pemasaran yang berkesan pada kos yang minima berbanding pegiklanan berbayar. Anda boleh mensasarkan tepat kepada prospek pelanggan anda untuk menarik minat perhatian mereka kepada bisnes yang anda sedang lakukan.

Penulisan blog juga merupakan salah satu cara untuk menarik trafik ke website jualan pemilik peniaga kecil bagi menarik prospek yang berpotensi menjadi pelanggan.

Berikut adalah 7 kepentingan memiliki blog anda sendiri terutamanya pemilik peniaga kecil.

1) SEO (Search Engine Optimization)

Kepentingan pertama kenapa anda perlu memiliki blog ialah disebabkan enjin carian sebagai contoh Google dan Bing hampir kebanyakan keputusan carian maklumat dari kata kunci / key word yang anda ingin ketahui adalah datang dari sumber medium blog. Setuju tak ?

Apabila anda mencari maklumat maka anda akan menaip keyword di enjin carian. Hasil dari carian tersebut, kebiasaannya medium blog akan menduduki pada page pertama.

Penulisan blog juga lebih mesra SEO untuk memperkenalkan perniagaan anda. Anda hanya perlu berkongsi maklumat yang memberi manfaat kepada prospek sasaran anda agar mereka kerap menjumpai website anda setiap kali mencari maklumat.

Sekiranya anda tidak tahu menulis dan tiada pengalaman menulis anda boleh mengupah ghost writer ataupun penulis upahan untuk mereka menulis di blog anda.

Sebenarnya tiada alasan untuk anda memiliki blog anda sendiri pada zaman kini terutamanya peniaga kecil.

Inilah kepentingan pertama anda perlu memilik blog. Kemudian kita ke point kedua…

2) Mengeratkan Hubungan Dengan Pelanggan Sedia Ada

Blog juga boleh menjadi medium penghubung dengan prospek dan pelanggan anda. Setiap pelanggan lebih mudah untuk mengetahui perkembangan bisnes anda.

Melalui blog juga pelanggan juga mengetahui apakah produk terbaru bisnes anda, promosi terkini dan tip-tip terbaru yang berkaitan dengan niche bisnes anda.

Sebagai contohnya anda memiliki bisnes dalam niche kecantikan, anda perlu selalu berkongsi tip tip menarik tentang topik kecantikan menggunakan blog anda.

Ataupun anda seorang mekanik kereta yang memiliki bengkel kereta anda sendiri, anda menekspresi ilmu dan kemahiran anda tentang cara-cara penjagaan kereta luar dan dalam melalui blog anda.

Dari situ anda akan membina kepercayaan ataupun trust kepada prospek dan pelanggan anda. Perhubungan juga boleh berlaku dengan prospek dan pelanggan anda dengan adanya kotak komen pada blog untuk pertanyaan ataupun terus menghubungi anda.

Baiklah…berikut adalah point yang ketiga.

3) Meletakkan Diri Anda Sebagai Pakar

Penulisan blog yang kerap juga akan meletakkan diri anda sebagai pakar. Konsep bisnes internet itu sendiri pada asasnya adalah tentang maklumat. Hampir 100% pengguna internet kebiasannya menggunakan internet untuk mencari maklumat yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Melalui kaedah dan cara yang betul untuk menulis blog, anda boleh meketakkan diri anda sebagai pakar dalam bidang ataupun niche bisnes anda sendiri.

Sebagai contoh yang saya beri pada point kedua di atas, sekiranya anda sebagai mekanik, anda kongsikan cara-cara penjagaan enjin kereta agar tahan lebih lama kepada prospek ataupun pelanggan anda dan sebagainya tentang penyelenggaraan kereta.

Anda nampak tak kekuatannya di sini ?

Ok…kita ke point ke empat pula.

4) Pelaburan Jangka Panjang Yang Bijak

Memiliki blog merupakan satu pelaburan jangka panjang yang bijak. Penulisan blog secara istiqamah tanpa jemu tidak kiralah anda menulis sendiri ataupun mengupah penulis lain untuk blog anda pasti akan memberi kesan kepada bisnes anda kelak.

Medium blog adalah berbeza dengan medium pengiklanan yang lain, ia sangat berkesan untuk menarik pelanggan sedia anda terutamannya ketika anda melakukan kempen jualan.

Berkongsilah melalui penulisan blog anda sehingga beratus dan beribu artikel sekalipun tanpa gagal, ia pasti akan memberi implikasi yang positif kepada bisnes anda.

5) Membina Jenama

Sebagai peniaga kecil pembinaan jenama sangat penting dan ia perlu dilakukan diperingkat awal. Salah satu cara untuk membina jenama anda adalah melalui blog.

Setiap penulisan blog anda boleh dikongsikan di sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagai untuk memperkenalkan bisnes anda.

Pembacaan artikel yang menarik akan menyumbang kepada penyebaran / viral yang lebih luas dan dalam masa yang sama ia membina jenama anda sendiri. Apa yang penting anda perlu fikirkan apakah jenama bisnes anda yang perlu diperkenalkan !

Baiklah…kita terus ke point ke enam yer.

6) Menarik Pelanggan Baru

Blog juga berpotensi membantu anda menarik minat pelanggan baru. Melalui penulisan artikel melalui blog yang dapat menyelesaikan masalah mereka akan menarik lebih banyak pelanggan baru.

Pelanggan sedia ada anda akan berkongsi di sosial media mereka kerana manfaat yang mereka terima dari artikel blog anda. Ini juga membantu proses viral seperti virus tanpa anda tahu dari mana datangnya mereka ini.

Amatlah rugi sekiranya anda tidak menggunakan medium blog untuk bisnes anda khususnya kepada peniaga kecil.

Terdapat cara bagaimana untuk menambah pelanggan melalui blog. Ia Percuma sahaja !

Anda beruntung sebab menjumpai blog saya. Banyak ilmu percuma saya kongsikan di sini. Sekiranya anda berminat untuk ketahui cara bagaimana untuk tambah pelanggan melalui blog anda boleh dapatkan – DI SINI !

Sekarang kita terus ke point terakhir pula yer.

7) Langkah Menjadi Pemain Niche Utama Bisnes Anda

Hasil dari penulisan blog anda secara istiqamah dan kerap berkongsi ilmu yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan akan menjadikan jenama bisnes anda meningkat secara mendadak.

Langkah ini memerlukan disiplin dalam menulis dan semestinya memberi kesan kepada emosi mereka. Anda tidak digalakkan untuk terus menjual kepada pelanggan buat permulaan secara hard selling selagi jenama bisnes anda belum dikenali umum.

Kekerapan berkongsi maklumat yang bermanfaat di blog anda akan menjadi niche bisnes anda meningkat dan mungkin menjadi carian utama bakal pelanggan kerana sentiasa berada pada page pertama dalam enjin carian.

Bukankah inilah objektif yang harus dicapai buat peniaga kecil terutamanya.

Kesimpulan

Memiliki blog sendiri adalah satu keperluan masa kini. Pada pandangan peribadi saya blog WAJIB dimiliki oleh peniaga kecil khususnya dan peniaga besar amnya.

Sekiranya anda ingin bisnes anda bersaing ke peringkat yang lebih meluas, medium blog perlu digunakan selain pengiklanan berbayar di sosial media, google ads, bing ads dan sebagainya.

Semoga post ini memberi manfaat kepada anda.

Download PERCUMA Cara Tambah Pelanggan Melalui Blog
(KLIK pada GAMBAR sekarang !)

tambah-pelanggan-guna-blog

Video Tutorial Bisnes Ebay Intelligence Untuk Pemain Ebay Malaysia

Lebih Praktikal Untuk Newbie !

Salam sejahtera ebayers Malaysia…

Pada post kali ini saya menulis review tentang video terbaru iaitu praktikal setup bisnes di ebay dari awal sehinggalah proses penghantaran parcel kepda pelanggan anda.

Sebelum ini saya banyak kongsikan artikel-artikel berkaitan bisnes di ebay di blog saya ini. Daripada pemerhatian saya, masih ramai yang kurang faham bagaimana untuk memulakan bisnes di ebay dengan betul.

Objektif Ebay Intelligence diwujudkan adalah untuk membantu seramai mungkin dikalangan rakan-rakan kita supaya mempunyai perniagaan online yang boleh diusahakan secara sambilan dari rumah.

Oleh itu, Sifu Zul Ariffin telah mengambil satu Inisiatif bagi membantu anda semua supaya berjaya membina empayer perniagaan anda di ebay.

Beliau telah siapkan lebih 30 video berbentuk tutorial bagaimana setup akaun ebay dari kosong sehinggalah berjaya membuat jualan.

Dalam video2 tersebut, apa yang bestnya, anda akan belajar macam mana nak bermula dari kosong sehinggalah berjaya buat jualan.

Dan apa keistimewaan video ini adalah, sifu Zul Ariffin akan tunjukkan walaupun dengan akaun yg baru beliau create, jualan masih boleh di buat. dan beliau akan update dari semasa ke semasa proses bagaimana jualan boleh berlaku di ebay bermula dari kosong.

Apa yg beliau kongsikan adalah sepenuhnya dari case study beliau menjalankan bisnes di ebay.

Bagaimana strategi beliau setup akaun dari zero sehingga mendapat status power seller + top rated seller di ebay.

Tak perlu ada banyak akaun, cukup hanya 1-2 akaun sudah memadai. yang penting akaun adalah berkualiti, paypal tak hold duit, selling limit tinggi.

Apa yang paling penting ialah tau strategi macam mana nak mencari barang-barang yang hot dan tau macam mana nak mengenalpasti barang vero atau tak vero dan juga tau kat mana nak dapat supplier termurah dan boleh buat secara dropship.

Semuanya beliau kongsikan satu persatu di dalam video ebay intelligence.

Boleh tengok gambar di bawah untuk info lanjut:

KLIK DI SINI UNTUK ORDER
(sila access pembelian dengan menggunakan laptop)
.
PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada video tutorial ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini! Take it or Leave it.