3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate

Anda pasti berimpian untuk mengekalkan momentom dalam bisnes affiliate. Ramai orang boleh menyertai affiliate tetapi tidak ramai yang dalam kekal lama dalam bisnes affiliate.

Tambahan pula zaman sekarang ini yang cukup mencabar dari sudut ekonomi. Cabaran semasa dengan wabak Corona Virus ataupun Covid-19 ini menekan kita untuk berikhtiar sehabis baik untuk meningkatkan ekonomi untuk keluarga.

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 3 cara untuk kita kekal lama dalam bisnes affiliate.

Saya berharap anda boleh praktikkan 3 cara ini sebaik mungkin supaya anda berpeluang menjana komisen lumayan melalui affiliate.

Apakah 3 cara untuk kekal lama tu ?

3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate

1) Website Unik

Mempromosi satu produk affiliate untuk satu website lebih tinggi potensi conversion berbanding satu website untuk mempromosi banyak pilihan produk. Sekiranya anda ingin menjana komisen affiliate yang lumayan anda perlu sediakan satu produk untuk satu website.

Anda kongsikan produk review yang menarik serta manfaat kepada prospek pelanggan. Anda juga harus masukkan beberapa testimoni pelanggan yang telah mendapatkan produk tersebut. Berikan keyakinan kepada produk yang anda promosikan.

Bina ayat iklan ataupun ayat copywriting yang mengancam. Tarik perhatian mereka melalui penulisan iklan yang menarik seperti mana yang diajar dalam panduan Junior Copywriting oleh saudara Faris Osman.

2) Tawarkan Produk Per.cuma (Kumpul Database)

Anda perlu kumpul database prospek untuk didaftar dalam sistem emel autoresponder anda. Mengumpul database adalah kaedah majoriti pakar affiliate praktikkan dan ia masih efektif sehingga ke hari ini.

Anda boleh tawarkan produk sebagai contohnya laporan, ebook, video tutorial dan apa jua yang berkaitan dengan niche produk yang anda ingin promosi. Sekiranya prospek berminat, mereka perlu masukkan maklumat seperti Nama, Emel dan No Telefon.

Anda kumpulkan sebanyak mungkin database yang targeted untuk memudahkan anda melakukan pemasaran produk affiliate yang anda ingin promosi.

Sebagai contohnya seperti mana usahawan internet bernama Rahman Basri lakukan untuk produk premium beliau iaitu Jualan Pro dengan menawarkan panduan untuk menambah pelanggan melalui blog secara Percu.ma ini.

3) Menulis Artikel Untuk Tingkatkan Trafik

Penulisan artikel cukup efektif untuk meningkatkan trafik website. Anda harus rajin menulis artikel sekurang-kurangnya 2 artikel seminggu. Sekiranya anda kurang mahir menulis anda boleh mengupah penulis freelance ataupun dipanggil sebagai ghost writer.

Artikel yang panjang sekurang-kurangnya 300-600 patah perkataan itu anda boleh kongsikan dalam website atau blog yang berautoriti tinggi.

Jika anda berjaya mencapai 1,000 trafik untuk website affiliate anda, sekurang-kurangnya anda mendapat 10 jualan mengikut kajian pakar.

Teknik pemasaran video juga boleh membantu untuk meningkatkan trafik website anda. Anda buat artikel berbentuk video kemudian anda upload di Youtube.

Ketiga-tiga cara di atas tak susah untuk anda praktikkan. Sekiranya anda buat dan terus buat tanpa mengenal erti putus asa, insyaAllah matlamat untuk kekal lama dalam bisnes affiliate dan menjana komisen lumayan pasti tercapai kelak.

Semoga perkongsian ini membantu membuka minda anda untuk terus maju dalam bisnes affiliate kelak.

Andaikata perkongsian ini memberi manfaat, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda ya !

Sekian. Terima kasih. Wasalam.

5 Kelebihan Bisnes Dropship

Antara idea bisnes yang mudah untuk dilakukan pada abad kini adalah bisnes dropship. Agak rugi bagi anda sekiranya anda yang baru merancang untuk buat duit di internet tidak mencuba bisnes ini.

Mencuba bisnes dropship pada masa kini amat mudah. Telalu banyak tool disediakan untuk melicinkan proses dropship itu sendiri.

Bagi anda yang baru, mungkin dengan 5 kelebihan bisnes dropship ini bakal membuka minda untuk melakukan bisnes ini.

5 Kelebihan Bisnes Dropship

  1. Modal Rendah
    Konsep bisnes dropship merupakan “WIN-WIN situation”. Anda tak perlu menyediakan produk. Sekiranya anda berhasil mendapat jualan, keuntungan akan dibahagi seperti mana yang telah ditetapkan oleh pemilik produk.

    Boleh dikatakan modal yang sangat minima anda perlu keluarkan berbanding pemilik produk yang perlu mengeluarkan modal yang besar untuk kos mencipta produk, R&D, pengiktirafan halal dan sebagainya.

    Dari segi yuran pula saya dapati kebanyakan pemilik produk yang menyediakan peluang dropship tidak meminta yuran pendaftaran atau yuran komitmen sebagai permulaan. Malahan latihan juga turut disediakan untuk cara bagaimana mempromosikan produk mereka.


  2. Margin Keuntungan Tinggi
    Apa yang menarik dalam bisnes dropship ialah margin keuntungan yang tinggi setiap jualan yang terhasil bagi setiap produk. Anggaran keuntungan purata yang ditawarkan kebiasannya antara 10% sehingga 30% bagi setiap produk, malah ada juga sesetengah peniaga menawarkan lebih dari itu.

    Anda bayangkan sekiranya anda menjual produk berharga RM50, anda berpotensi menjana keuntungan sebanyak RM15 setiap produk bagi kiraan untung sebanyak 30%. Itu baru satu produk. Kalau anda fokus untuk 10 jualan anda boleh buat jana duit poket sebanyak RM150.

    Ada kaedah mudah untuk memaksimumkan keuntungan dalam bisnes dropship sekiranya anda bersedia untuk mendapatkan Ebook Panduan Bisnes Shopee. Di sana nanti anda akan diajar dari A-Z tentang cara bisnes dropship alaf baru.


  3. Tiada Risiko
    Boleh dikatakan bisnes dropship kurang berisiko. Anda tak perlu memikirkan tentang kualiti produk, rekaan produk, penghantaran produk, melayan karenah pembeli produk dan sebagainya.

    Tugas anda hanyalah mempromosi produk dan memperkenalkan manfaat produk kepada prospek pelanggan. Sekiranya terdapat komplen kerosakan, pulangan produk dan sebagainya pemilik produk anda melayan mereka. Anda tidak perlu melakukan apa-apa selain mempromosi produk sahaja.

    Bukankah ia berbaloi dan anda tak perlu pening kepala memikirkan risiko lain.

    Cuma anda perlu berhati-hati memilih produk yang ingin anda promosikan. Buat kaji selidik terlebih dahulu tentang pemilik produk, latar belakang syarikat, masalah bayaran komisen dan sebagainya. Jangan pula anda perlu tanggung risiko kelak.


  4. Tak Perlu Gudang/Kedai
    Bisnes Dropship juga tak memeningkan kepada anda untuk menyediakan premis kedai ataupun gudang untuk menyimpan stok produk. Berbanding peniaga, mereka perlu mengeluarkan modal yang besar untuk stok sekiranya permintaan produk luar biasa tinggi.

    Namun sekiranya anda ingin fokus kepada bisnes dropship pada tahap lebih padu, sebaiknya anda mempunyai kedai online anda sendiri ataupun dipanggil sebagai ecommerce. Saya melihat kebanyakan otai-otai dropship yang menjana komisen konsisten kerana mereka memiliki kedai online mereka sendiri.

    Kos untuk menyediakan kedai online memang agak mahal tapi anda boleh belajar secara percuma di YouTube untuk cara-cara bina kedai online anda sendiri. Sekiranya anda nak lebih ekonomi, mudah serta mesra newbie, saya sarankan anda dapatkan panduan Rahsia E-Commerce yang disediakan oleh saudara Zyan ini !


  5. Tiada Batas Geographical
    Anda boleh menjual produk dropship ke peringkat antarabangsa merentasi benua. Inilah kelebihan yang ramai otai-otai nampak dalam bisnes dropship.

    Sebagai contoh anda menjual produk tempatan di Ebay. Saya pernah melihat otai dropship menjual keropok “Super Ring” di Ebay. Rupanya orang barat suka makan keropok tu. Banyak juga sale dengan hanya mempromosi keropok tu. Anda bayangkan sale semua dalam USD. Kalau dikali dengan nilai matawang RM (Ringgit Malaysia), berapa banyak margin keuntungannya.

    Otai dropship yang saya maksudkan di atas ialah mereka yang mempraktikkan ilmu dari Export Mudah ni. Anda boleh lihat beberapa bukti produk lain yang cukup simple sehinggakan Ajinomoto pun boleh dijual dengan orang putih. Saya terkesima juga lah.

Kesimpulan

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Takkan berhasil apa jua yang kita buat selagi kita tak mencuba. Bisnes dropship mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia sebagai permulaan pencarian pendapatan tambahan yang efektif masa kini.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda.

Sekiranya artikel ini pada pandangan anda sangat membantu, apa kata saya cadangkan anda kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih. Sekian. Wasalam. Jumpa lagi. InsyaAllah.

SociKing – Pengurus BESAR Semua Akaun Sosial Media Anda

Anda mana ada masa nak mengurus semua akaun sosial media kan….betul tak ?

Semua tempat nak update…. kat FB Fanpage lah, Blogger lah, YouTube lah, Instagram lah, Twitter lah, WordPress lah, LinkedIn lah dan macam-macam akaun sosial media yang ada zaman sekarang ni.

Pakar usahawan kata kalau kita buat bisnes tapi tiada akaun sosial media, bukan usahawan namanya. Tapi selepas dah ada sosial media tak ter update pula.

Macam ni lah…

Saya ingin memperkenalkan kepada anda satu software untuk mengurus kebanyakan akaun sosial media anda. Namanya SociKing.

Produk ini baru sahaja dilancarkan oleh seorang usahawan internet bernama Wazeen.

SociKing – Pengurus Sosial Media Anda

Software ini bakal membantu menyenangkan kerja pemasaran anda.

Antara kelebihan software ini :

  1. AutoPost Ke Semua Akaun Sosial Media Dengan Hanya 1 Klik
  2. Automasikan semua post anda ke semua akaun Media Sosial Mengikut Masa Yang Anda Mahu
  3. Lihat Statistik Insight Setiap Post
  4. Pantau semua aktiviti online seperti feed & post berkaitan keyword atau hashtag anda mahukan termasuk pesaing anda.
  5. Reply PM dan Post Comment terus dari dashboard (PRO) ​
  6. RSS feed untuk Autopost content blog ke semua akaun Media Sosial.

Sekarang anda TAK PERLU melaburkan banyak masa untuk kerja-kerja pemasaran anda dengan adanya SociKing kelak.

Jika sekarang anda masih tercari-cari software yang POWER untuk bisnes anda. Inilah masanya buat perubahan !

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan software ini, anda boleh cuba TRY TEST kepoweran software ini secara PERCUMA selama 7 hari anda boleh terus KLIK SINI !